20110224

Nota Untuk Diri Sendiri.

penipuan mengundang kesakitan lalu lahir kebencian,
timbul rasa dendam dan perikemanusian semakin hilang,
jiwa mula tak tenteram mencipta hati yg kekosongan,
diri meronta dizalimi apabila akal tak lagi digunapakai,
kebodohan kian menguasai hingga kejahilan berlaku ke atas diri,
menjemput kehancuran hidup sendiri walau masih punya potensi,
peluang dan ruang tak diberi utk mengubah fantasi kpd realiti.

demi memulakan sekali lagi,
kuburkan hasad dengki dan penting diri serta yakin kpd kebolehan diri,
hadapi segala dgn positif dan efektif,
cipta teman utk berkongsi maka masalah dpt dihadapi,
dgn izin Tuhan segalanya akan pulih kembali,
jgn ikut kata hati kerana nafsu punca rosak peribadi,
perkara yg sudah tak guna disesali sebaliknya lihatlah sebagai motivasi diri,
segala yg jadi pada harini bakal pengaruhi esok hari,
takdir sentiasa memberi peluang dan hanya keputusan jadi penentuan,
ubah akan hari mendatang yg belum lagi jadi kenyataan dan taktau kepastian.

No comments:

Post a Comment

what could u say?